KURSUS SOURDOUGH PIZZA (SESI 1 JANUARI 2025)
Kursus Pembuatan Sourdough Pizza
Mohon baca butiran dibawah sebelum buat tempahan.
Pengajar kursus ini sangat mahir dalam pembuatan pizza. Pernah mendapat tawaran mengajar pizza di pelbagai pelusuk negeri di utara tanah air. Pizza dijamin berkualiti, gebu dan standard mcm kat kedai popular tanah air.
Bagi memastikan kualiti perkhidmatan kursus berada di tahap yg baik, pihak kolej perlu mengikut silibus standard/peraturan/prosedur kursus yang sediada. Pihak kolej mohon maaf kerana tidak dapat menyantuni permintaan dari peserta yang memohon untuk mengasingkan peralatan/bahan.
Apa yang kami tawarkan dalam borang pendaftaran, itu yang anda akan dapat pada hari kejadian, tiada pengasingan bahan dan peralatan pada kursus kami selepas ini bagi kemudahan kami dan juga peserta lain.
PERINCIAN PROGRAM :
Produk dihasilkan : Sourdough pizza. Peserta boleh bawa balik produk yang dihasilkan.
Tarikh : 11.1.2025
Masa : 9 pagi - 5 ptg
Lokasi : Kolej Komuniti Bayan Baru
Yuran : RM 55
Syarat : Warganegara Malaysia, berumur 13 tahun dan keatas.
SILA BACA INFO DIBAWAH :
- Bahan latihan disediakan dan dikongsi diantara peserta.
- Sijil diberikan kepada peserta yang hadir penuh.
- Jamuan makan tengahari tidak disediakan.
- Individu berstatus OKU diminta untuk hubungi kami terlebih dahulu sebelum daftar bagi tujuan penilaian kesesuaian kursus.
- Pastikan anda isi Nama Penuh dan no ic dengan betul untuk kegunaan pensijilan.
- Bayaran tidak akan dikembalikan jika tidak hadir. (yuran telah digunakan bagi pembelian bahan).
- Pembatalan kehadiran perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 minggu awal (10% cas pengurusan koperasi dikenakan). Refund akan diberi dalam bentuk kupon.
- Penukaran kursus tidak dibenarkan.